senarai hutan lipur dan hutan simpan di malaysia...
- Taman Negara Bako-Teluk terpencil, tanjung berbatu serta tebing curam yang mempesona berhadapan dengan Laut China Selatan yang luas.
- Taman Negara Endau - Rompin-Taman Negara Endau - Rompin merupakan hutan hujan yang tertua di dunia (130 juta tahun!) dan tempat tinggal badak sumbu Sumatera yang kian pupus.
- Taman Negara Bukit Lambir-Kolam air yang berwarna kehijau-hijauan dan bukit batu pasir yang mengagumkan menjadikan kawasan ini destinasi percutian yang mempesona.
- Taman Laut Tunku Abdul Rahman-Taman laut yang mengandungi lima buah pulau ini menawarkan pelbagai kemudahan, pantai yang putih bersih dan aktiviti snorkel dan boleh dikunjungi dengan menaiki bot selama 20 minit dari Kota Kinabalu.
- Taman Negara Batang Ai-Hutan hujan yang luas ini menjadi tempat tinggal hidupan liar seperti orang utan dan burung kenyalang. Ia juga mempunyai sebuah hotel bertaraf 5-bintang.
- Taman Negara Gunung Mulu-Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747.
- Lembah Danum-Lembah Danum yang indah merupakan kawasan pemuliharaan yang kaya dengan tumbuhan dan hidupan liar serta pemandangan alam sekitar yang mempesonakan.
- Taman Negara Similajau-Taman pinggiran pantai sepanjang 30 km ini mempunyai pantai paling indah di negeri Sarawak.
- Taman Laut Pulau Payar-Taman laut indah yang memaparkan keajaiban laut diganding dengan kemudahan sempurna membolehkan pelancong mendekati alam semulajadi.
- Taman Kinabalu-Gunung tertinggi di Malaysia (4,101m) menyediakan pendakian yang mencabar dan pemandangan yang sungguh mengagumkan.
- Hutan Simpan Belum-Hutan Simpan Belum ialah hutan simpan dara yang terluas di Semenanjung yang belum pernah diteroka serta kawasan perlindungan yang kaya dengan pelbagai hidupan liar.
- Taman Negara Tanjung Datu-Walaupun kecil, taman negara ini melindungi hutan hujan dara dan juga terumbu karang laut yang terletak hanya 100 meter antara satu sama lain.
- Taman Negara Gunung Gading-Tarikan utama Gunung Gading ialah bunga Rafflesia yang besar. Inilah salah satu tempat terbaik untuk melihat tumbuhan yang jarang ditemui ini.
- Taman Negara Tanjung Piai-Tanjung Piai merupakan kawasan lindungan pantai pinggiran paya bakau, tempat tinggal pelbagai jenis hidupan liar yang unik.